30.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Polis Kenalpasti Suspek Kedua Tembak Polis Dalam Kejadian Di Paloh, Gua Musang


++++++

KOTA BAHARU, 1 Nov  — Identiti suspek kedua yang dipercayai mencederakan seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang, telah dikenalpasti dan polis kini melancarkan gerakan memburu suspek tersebut.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya telah menubuhkan beberapa kumpulan pengesan, termasuk daripada Unit Tindakan Khas (UTK) dan Pasukan Gerakan Am (PGA), yang akan melakukan operasi memburu 24 jam.

“Kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek tersebut, dapat menyalurkannya kepada pihak kami bagi membantu siasatan dalam kes ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat dua anggota polis yang cedera ditembak, di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk melawat L/Kpl Mohd Samsul Anuar Mohd Adnan, 27, dari Balai Polis Paloh, Gua Musang dan Kpl Mat Raduan Mat Hassan, 50, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang.

Terdahulu, Jalaluddin turut menyerahkan sijil penghargaan dan wang tunai kepada wakil keluarga mangsa sebagai menghargai keberanian kedua-dua anggota polis tersebut yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk keselamatan negara.

+++++++++++++++++++++++++

Lelaki Tembak Polis Di Gua Musang, Ditembak Mati Di Machang

 MACHANG, 31 Okt (Bernama) — Seorang dari dua lelaki yang diburu polis kerana terlibat dalam kejadian menembak seorang anggota polis di Paloh, Gua Musang semalam, mati ditembak polis di Batu 30, dekat Kampung Kemuning di sini awal Rabu.

Kejadian berbalas tembak pada pukul 7.30 pagi itu turut menyebabkan seorang lagi anggota polis Mat Raduan Mat Hassan, 50, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Macang, cedera akibat terkena tembakan lelaki terbabit.

Lelaki berusia 34 tahun yang paling dikehendaki polis kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kes jenayah di negeri ini, sebelum itu melarikan sebuah kereta bersama bayi berusia lima bulan yang sedang tidur di dalam kereta itu.

“Bayi itu selamat dan kini dirawat di wad kanak-kanak Hospital Daerah Machang kerana trauma manakala anggota polis peronda itu berada dalam keadaan stabil di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Baharu,” kata Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Bercakap pada sidang akhbar di Balai Polis Macang di sini, Mazlan berkata polis menemui sepucuk pistol dan tujuh kelongsong peluru.






Berita Berkaitan

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan