32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Polis kesan teman lelaki wanita campak bayi

Anggota polis dari unit Forensik mengangkat mayat bayi perempuan yang mengalami kecederaan parah di kepala akibat dicampak dari tempat tinggi di kawasan tempat letak kereta, Pangsapuri Desa Mentari

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan teman lelaki wanita yang disyaki mencampak bayi perempuannya dari tingkat tiga, Blok 1 Flat Desa Mentari Petaling Jaya dekat sini Ahad lepas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah.

Beliau berkata, pihaknya bercadang untuk merakam kenyataan lelaki tersebut bagi membantu siasatan, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini hari ini.

“Setakat ini kita sudah memanggil beberapa individu termasuk jiran suspek bagi tujuan rakaman percakapan,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan kes seorang pekerja kilang yang didakwa mencampak bayi perempuannya sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan.

Wanita yang belum berkahwin dan berusia 20-an itu dilaporkan melahirkan bayinya secara bersendirian ketika semua anggota keluarganya tiada di rumah.

Dia ditahan reman sehingga 23 September ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Mohd Adnan juga mengesahkan pihaknya ada menerima dua laporan mengenai bendera kontroversi Sang Saka Malaya yang digantung di negeri itu pada 14 September lepas.

Satu kes masing-masing dilaporkan di Shah Alam dan Banting pada tarikh yang sama dan setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan belum ada tangkapan dilakukan ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tenpatan mengenai bendera itu yang kelihatan dikibarkan di beberapa kawasan di Selangor termasuk di atas Bulatan Megawati, Seksyen 20, di sini baru-baru ini.

Bendera itu mula dikibarkan beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas yang didakwa bakal menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.

Berita Berkaitan

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan