Polis minta masuk Wang Kelian dari sebelah Thailand - pakdin.my

pendatang asing wang kelian

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berbincang dengan pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan kebenaran memasuki lokasi kubur serta kem pendatang di Wang Kelian, Perlis melalui laluan negara berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata beberapa pegawai PDRM akan bertemu dengan rakan sejawat mereka di Sadao, Thailand hari ini bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Laluan masuk ke lokasi terbabit di sebelah Malaysia berbukit dan agak sukar untuk melaluinya kerana keadaan muka bumi tidak mengizinkan.

“Sebab itu kita ingin minta kebenaran masuk dari sebelah Thailand iaitu dekat Satun kerana keadaan muka buminya yang landai dan selamat untuk kita melaksanakan tugas menggali kubur serta menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Lawatan Hospital Sempena Peringatan Hari Polis ke-208 di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini sebentar tadi.

UTAMABERITAPolis minta masuk Wang Kelian dari sebelah Thailand

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium