Polis nafi kehilangan Morais sebagai kes culik - pakdin.my

Anthony Kevin Morais kereta

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak kemungkinan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan dari Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu diculik, setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata ini kerana keluarga dan rakan-rakan terdekat Morais tidak menerima sebarang panggilan mahupun tuntutan wang tebusan daripada mana-mana pihak.

“Kes kehilangan Morais masih diklasifikasikan sebagai Orang Hilang dan saya minta mana-mana pihak janganlah membuat sebarang andaian tidak benar mengenai kes ini yang boleh menjejaskan siasatan polis.

“Selain itu, polis akan menyiasatnya daripada setiap sudut dan memandang serius terhadap kes ini hingga Morais ditemui,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014 di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Noor Rashid berkata, polis juga akan menggiatkan usaha menganalisis tempat yang ditujui Morais seperti lebuh raya dan tempat yang beliau sering kunjungi untuk membantu siasatan.

Semalam, polis menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kes kehilangan Morais yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur Jumaat lepas untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau juga dilapor memandu Proton Perdana warna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q

UTAMAEDITORIAL1MDBPolis nafi kehilangan Morais sebagai kes culik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium