Polis nafi Nora Anne dirogol Orang Asli, Zikri Armstrong disiasat PDRM - pakdin.my

Walau belum menerima aduan, polis akan mengambil tindakan ke atas seorang individu yang mendakwa Nora Anne Quorin mati dirogol Orang Asli.

“Itu adalah fitnah. Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan, bagaimanapun akan melakukan siasatan,” kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop seperti dilapor Harian Metro.

Sebelum ini, tular dakwaan seorang pengguna Twitter yang mendakwa remaja Ireland tersebut dirogol Orang Asli.

Menggunakan nama Zikri Armstrong, lelaki itu juga yakin pihak berkuasa tidak akan menemui pembunuh ekoran masih ramai Orang Asli tidak memiliki kad pengenalan dan data pengenalan diri.

Hilang sejak 4 Ogos lalu, mayat Nora, 15, tanpa seurat benang akhirnya dijumpai kelmarin, sekitar 2.5 kilometer dari tempat penginapannya di Seremban.

Sepatutnya bercuti selama dua minggu bersama, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang dari tempat tidur di sebuah resort.

UTAMABERITAPolis nafi Nora Anne dirogol Orang Asli, Zikri Armstrong disiasat PDRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium