24.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 9, 2021

Polis nafi PKPD di Selangor bermula hari ini

Polis Selangor menafikan Perintah Kawalan Perintah Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan serta-merta di semua pintu masuk dan keluar negeri ini bermula hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, ini berikutan penularan berita palsu dengan berlatar belakang siaran berita televisyen tempatan.

“Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak benar.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan tidak mudah mempercayai serta terpengaruh dengan berita yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan sesuatu berita dari sumber tidak sahih.

Noor Azam menegaskan perbuatan penyebaran sebegini boleh menyebabkan kegusaran di kalangan masyarakat dan boleh mengugat ketenteraman awam.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.