27 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

Polis Perak Tahan Lelaki Hina Islam Di Facebook

Gunalan Muniandy palsu hina agama

Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini hari ini.

Suspek, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag ‘pouch’ biru daripada suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama ‘Gunalan Muniandy’ dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap.

Berita Berkaitan

Komen

  1. Gunalan Muniandy palsu hina agama

  2. mohon pihak polis siasat mamat ni betul2… dia hina islam ni sebab tak puas hati dgn islam atau di bayar utk cetuskan isu agama? di sebabkan posting dia ni ramai org islam dan hindu bercakaran di dlm komen posting fb dia…