Polis Perak Tahan Lelaki Hina Islam Di Facebook - pakdin.my

Gunalan Muniandy palsu hina agama

Polis menahan seorang lelaki yang mengeluarkan komen menghina Islam menerusi akaun Facebooknya di Kamunting, Taiping kira-kira 90 kilometer dari sini hari ini.

Suspek, Abdul Rahman Abdullah, 38, dari Kampung Station, Kuala Kangsar ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira 10 pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata polis turut merampas tiga telefon bimbit dan satu bag ‘pouch’ biru daripada suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya suspek yang menggunakan nama ‘Gunalan Muniandy’ dikesan dan ditangkap dengan segera kerana mengeluarkan kenyataan yang biadap.

UTAMABERITAPolis Perak Tahan Lelaki Hina Islam Di Facebook

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium