Polis perlu masa pastikan video bersemburit mirip menteri sahih

Siasatan kes penularan video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri dilakukan secara profesional dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) polis, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata setakat ini polis belum mendapat sebarang petunjuk mengenai kesahihan video itu dan meminta pihaknya diberi ruang dan masa untuk menjalankan siasatan.

“Bagi kes ini, saya tidak mengambil pendirian luar biasa. Setiap laporan berhubung kelakuan jenayah mesti dinilai terlebih dahulu dan kertas siasatan hanya dibuka selepas kami yakin ada unsur-unsur jenayah.

“Saya juga tidak beri tekanan kepada pegawai-pegawai penyiasat kerana kami mengambil pendekatan satu demi satu dan tindakan pula pelbagai bentuk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata proses untuk memastikan ketulenan video itu akan mengambil masa dan pihaknya akan mengumumkan hasil siasatan apabila selesai.

Semalam, polis menahan Ketua Angkatan Muda Keadilan (PKR) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membantu siasatan kes itu.

Abdul Hamid berkata lelaki itu ditahan untuk polis mengambil keterangannya selaku saksi utama kes berkenaan.

“Dalam siasatan ini kami nak tahu sama ada dia dipaksa atau membuat pendedahan secara sukarela…siapa lagi yang akan dipanggil untuk beri keterangan (selepas ini) bergantung kepada perkembangan siasatan,” katanya.

https://pakdin.my/tag/bersemburit

Loading...

14 KOMEN

Comments are closed.