31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 29, 2020

Polis rampas telefon bimbit Exco PKR Pulau Pinang

Tweet-Dr-Afif

Polis pagi ini merakamkan kenyataan Exco kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin berhubung kenyataan beliau melalui akaun Twitter miliknya pada 4 Mac lalu yang didakwa menghina pasukan polis.

Peguam Dr. Afif, Izad Buqkhary Mohd Kamri berkata pada Jumaat, dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), Bandar Baru Perda menghubungi Afif sewaktu beliau berada di rumahnya pada jam 9 pagi.

“Mereka merakamkan kenyataan dan merampas telefon bimbit beliau. Semua proses mengambil masa dua jam,” kata Izad kepada portal berita Malaysiakini.

“Polis memaklumkan terdapat dua laporan polis terhadap Afif berhubung tweetnya. Mereka belum memaklumkan kepada kami, peruntukan undang-undang mana untuk menyiasatnya,” kata Izad lagi.

Afif dalam tweetnya antara lain menyebut “Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah.”

Kenyataan di Twitter Dr. Afif itu dibuat pada hari yang sama di mana seorang anggota polis, Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, cedera di kepala dan terkorban, manakala rakan setugasnya Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29, cedera selepas diserang sekumpulan warga asing di Klang, Selangor.

Kenyataan yang tidak sensitif itu mengundang kemarahan banyak pihak, termasuk anak Allahyarham Koperal Raja Aizam, Raja Nor Atiqa yang bercadang menyaman Dr. Afif demi maruah bapanya.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...