Polis Sabah Tahan 6 Talibarut, 514 PATI Di Penempatan Setinggan Telipok - pakdin.my

warga-asing-telipok-sabah

warga-asing-telipok-sabah-2

Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi dalang penyaluran maklumat dan bantuan kepada penjenayah asing serta 514 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersepadu di sebuah penempatan setinggan berhampiran pekan Telipok dekat sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun berkata mereka ditahan hasil pemeriksaan terhadap 4,794 individu di 1,537 rumah dalam operasi itu yang bermula sejak 1 pagi tadi.

“Enam individu termasuk seorang wanita yang berusia antara 19 dan 50-an itu akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Mereka dipercayai menjadi dalang yang aktif memberikan maklumat dan bantuan kepada penjenayah asing dalam pelbagai kes jenayah termasuk kes dadah,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Ditanya sama ada kesemua suspek berkenaan terlibat dalam kes pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, Abd Rashid berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu termasuk kaitan mereka dengan beberapa kes penjenayah asing lain.

“Ini berkaitan keselamatan negara dan kita harus teliti. Kita akan siasat mereka (suspek) dalam semua sudut termasuk sama ada mereka terlibat dalam kes-kes Penculikan untuk Wang Tebusan (KFR).

“Namun, yang pastinya mereka terlibat dalam memberi maklumat dan bantuan dalam kes-kes lain seperti kes dadah,” katanya.

Operasi itu disertai lebih 1,000 anggota daripada pelbagai agensi pertahanan dan penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Abd Rashid berkata operasi itu akan dijalankan di beberapa kawasan lain juga.

“Oleh itu, kita minta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan apa sahaja maklumat kepada pihak polis demi kedaulatan dan keamanan negara,” katanya.

UTAMABERITAPolis Sabah Tahan 6 Talibarut, 514 PATI Di Penempatan Setinggan Telipok

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium