Polis sahkan pembantu Najib buat laporan polis - pakdin.my

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan yang dibuat oleh pembantu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah ketika dihubungi berkata pembantu Najib membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang semalam.

Semalam, Najib dalam status Facebook rasmi beliau, mengarahkan pembantunya membuat laporan polis bagi membolehkan satu penyiasatan polis dijalankan membabitkan dakwaan beliau terbabit dalam kes pembunuhan beberapa individu termasuk model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.

…………
Rujukan:
Najib arah lapor polis terhadap Najib (https://pakdin.my/najib-arah-lapor-polis-terhadap-najib/)

UTAMAPOLITIKPolis sahkan pembantu Najib buat laporan polis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium