Polis sahkan penemuan tulang di Gua Kandu milik manusia - pakdin.my

IPOH — Polis mengesahkan serpihan tulang reput yang ditemui di Gua Kandu, Gopeng adalah milik manusia.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata, keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), lapor Harian Metro.

“Pada 2 petang semalam, kita sudah mengambil spesimen darah salah seorang ahli keluarga Mohammad Ashraf Hassan di Hospital Kampar.

“Serpihan tulang dan spesimen darah diambil itu akan dihantar ke Jabatan Kimia hari ini untuk tujuan padanan DNA (ujian asid deoksiribonukleik),” katanya.

Padanan dibuat bagi mengetahui sama ada tulang berkenaan mempunyai kaitan dengan kehilangan Ashraf ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail pada 23 Mac lalu.

Keputusan penuh ujian tulang berkenaan bagaimanapun dijangka mengambil masa lebih dua bulan namun, proses itu dijangka akan dipercepatkan.

Pada 20 April lalu, sekumpulan pendudukan kampung menemui tulang tersebut serta lapan serpihan lain berukuran lebih 15 sentimeter dan 20 sentimeter.
……..
Keluarga yakin tulang ditemui di Gua Kandu bukan milik Acap
https://pakdin.my/keluarga-yakin-tulang-ditemui-di-gua-kandu-bukan-milik-acap/

UTAMABERITAPolis sahkan penemuan tulang di Gua Kandu milik manusia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium