Polis serbu parti liar kolam renang, 299 ditahan - pakdin.my

Seramai 189 lelaki dan 110 wanita ditahan selepas terbabit dalam aktiviti parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di Bukit Kiara, di sini, malam tadi.

Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields diketuai Timbalan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor.

Dalam serbuan jam 10.50 malam tadi, sebahagian wanita berbikini sedang leka menari, mandi dalam kolam dan berhibur.

Daripada keseluruhan yang ditahan, seramai 158 lelaki dan 55 wanita warga asing bersama 31 lelaki dan 55 wanita tempatan terbabit dalam aktiviti parti liar yang bermula jam 4 petang tadi.

Pada masa ini pihak polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur sedang menjalankan ujian air kencing bagi memastikan semua individu yang menyertai parti ini terbabit dalam dadah atau sebaliknya.

Difahamkan setiap individu dikenakan bayaran sebanyak RM60 untuk menyertai parti liar yang dijemput menerusi aplikasi media sosial dengan disediakan menyediakan minuman keras dan makanan ringan.

UTAMABERITAAMPolis serbu parti liar kolam renang, 299 ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium