[Video] Polis serbu perkampungan haram di Ulu Rening - pakdin.my

SERAMAI 234 individu termasuk bayi ditahan polis di sebuah kawasan penempatan haram di Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini.

Kumpulan terdiri daripada lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi yang dipercayai membuat penempatan haram dengan membina khemah di dalam hutan dan atas bukit di kawasan berkenaan.

Polis yang menerima maklumat menjalankan risikan dan menyerbu kawasan itu kira-kira 4 petang.

Serbuan dilakukan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Kesemua individu terbabit ditahan dan kini ditempatkan di sebuah dewan serbaguna di Hulu Selangor untuk tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (JSJ) Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan penahanan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Penyakit Berbahaya 2020 serta Seksyen 22(b) Akta Peraturan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988.


200 ditahan dibawah PKP di Batang Kali

UTAMABERITA Polis serbu perkampungan haram di Ulu Rening

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium