Polis siasat dakwaan kononnya lelaki berbogel depan Sogo - pakdin.my

lelaki-bogel-sogo

Polis gagal mengesan lelaki yang dikatakan berjalan dalam keadaan bogel di hadapan pusat beli belah Sogo di sini yang gambarnya menjadi viral di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah, berkata polis telah menghantar anggota kereta peronda untuk membuat siasatan setelah menerima maklumat daripada orang ramai pada jam 11.35 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, polis gagal mengesan kelibat lelaki terbabit. Tiada lelaki bogel dikesan di kawasan sekitar Sogo, Kompleks Pertama dan kawasan sekitarnya seperti yang didakwa pengadu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, anggota keselamatan Sogo juga gagal mengesan lelaki terbabit.


Lelaki Bogel Di Jalan TAR

Orang ramai yang keluar untuk menikmati makan tengah hari dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berjalan dalam keadaan bogel di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Dipercayai lelaki itu berjalan tanpa tujuan di jalan yang sibuk selama setengah jam pada waktu  tengah hari sebelum orang ramai memberikannya pakaian.
Gambar lelaki bogel berkenaan menjadi viral di media sosial.
Polis peronda gagal menemui lelaki bogel berkenaan selepas mereka diberitahu mengenai kejadian itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi, Timbalan Supt M. Gunalan berkata polis menyedari kejadian itu walaupun tiada laporan dibuat.
Katanya polis masih mencari lelaki itu.

UTAMAPolis siasat dakwaan kononnya lelaki berbogel depan Sogo

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium