Polis Siasat Kenamaan Beli Ijazah Palsu - pakdin.my

Polis sedang mengenal pasti identiti beberapa kenamaan termasuk individu bergelar Tan Sri dan ahli politik, yang dipercayai membeli ijazah palsu daripada sebuah syarikat di Subang Jaya.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Hamzah berkata kenamaan itu merupakan sebahagian daripada 525 graduan palsu yang memperoleh ijazah dengan jalan mudah tanpa perlu menghadiri kuliah, mengambil ujian dan menghantar kertas kerja.

“Kita tidak menolak kemungkinan ada beberapa individu yang mempunyai status dalam masyarakat telah membeli ijazah ini, namun kita tidak boleh mengulas mengenainya sehinggalah polis mengenal pasti individu itu.

“Polis juga akan memanggil graduan lain untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes ini,” katanya pada satu sidang media di sini.

Beliau berkata ijazah terbabit dikeluarkan atas nama lima universiti luar negara termasuk tiga yang disahkan tidak wujud.

UTAMABERITAPolis Siasat Kenamaan Beli Ijazah Palsu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium