Polis siasat kesahihan gambar bogel di Gunung Irau, Cameron Highlands - pakdin.my

bogel Gunung Irau

Polis masih belum menerima sebarang laporan mengenai sekeping gambar yang menjadi viral di laman sosial dengan menunjukkan imej lelaki berbogel dipercayai di Gunung Irau, Cameron Highlands.

Gambar berkenaan memaparkan seorang lelaki berkaca mata bergambar dengan latar belakang Jalur Gemilang dan papan tanda yang tertulis ‘Welcome to Gunung Irau 2110 m.a.p.l dan Brinchang 2.35KM’.

Lelaki berkenaan itu juga dilihat menutup bahagian sulitnya dengan papan tanda bertulis Gunung Irau.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, pihaknya sedia maklum mengenai gambar itu dan tetap melakukan siasatan untuk mengetahui kesahihan gambar walaupun belum menerima laporan.

“Kita sekarang ini hanya melakukan siasatan untuk mengetahui kesahihan gambar itu kerana masih belum menerima laporan rasmi daripada mana-mana individu berkenaan penyebaran gambar itu.

“Kerjasama dengan Suruhanjajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dilakukan selepas polis menerima laporan dan jika benar tindakan itu dilakukan, individu berkenaan tidak akan terlepas daripada undang-undang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

UTAMABERITAPolis siasat kesahihan gambar bogel di Gunung Irau, Cameron Highlands

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium