Polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan ke atas Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya, Selasa lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis menerima beberapa laporan polis terhadap entri Facebook Kor Ming.
“Kita sudah memulakan siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.
“Kita juga akan menyiasat sama ada entri tersebut Kor Ming yang buat atau tidak,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria di sini hari ini.
Pada Selasa lalu, Kor Ming memuat naik gambar yang berlatar belakangkan rumah api dan bendera Amerika Syarikat dalam ucapan Aidilfitri di akaun Facebooknya.
Khalid juga menyarankan orang ramai agar berhati-hati apabila membuat kenyataan atau memuat naik status sensitif di laman sosial.
“Tindakan Kor Ming merupakan satu tindakan yang mempermainkan agama Islam dan ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya dibuat oleh seorang yang bergelar Yang Berhormat di sebuah negara majmuk,” katanya.
Polis siasat Kor Ming di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan https://t.co/FJsUxpR4d1 https://t.co/6oTjl2iK5U
Polis siasat Kor Ming di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan https://t.co/LArqXgKTik
Polis siasat Kor Ming di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan https://t.co/1qrhGxdqbG
Polis siasat Kor Ming di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan https://t.co/IswNMNGh6b
Polis siasat Kor Ming di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan: Polis membuka kertas siasatan mengikut Akta Has… https://t.co/G3awFbounM
Azmi Haron liked this on Facebook.
Rusly Derin liked this on Facebook.