Polis siasat SD palsu pemilik asal banglo #LGErasuah - pakdin.my

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Phang Li Koon, yang didakwa membuat akuan bersumpah (SD) palsu berhubung penjualan banglonya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

“Kita telah membuka kertas siasatan false declaration terhadap Phang Li Koon.

“Kita akan panggil semua saksi-saksi yang terlibat termasuk Phang dan ketua menteri,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas menghadiri Majlis Peringatan Hari Polis ke-209 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jumaat.

Khalid secara ringkas turut menjelaskan, Phang dan beberapa saksi yang terlibat itu akan dipanggil untuk memberi keterangan pada bila-bila masa sahaja.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan untuk menyiasat laporan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang berhubung kandungan akuan berkanun wanita itu.

Terdahulu, Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang, Irfan Zaini Taha, mendakwa yang beliau mempunyai bukti bahawa Phang mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Perkara itu kemudiannya dibangkitkan semula ahli parlimen Tasek gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya dengan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut membuat siasatan keatas perkara tersebut.

UTAMABERITAPolis siasat SD palsu pemilik asal banglo #LGErasuah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium