Polis siasat wanita disyaki bantu pesakit COVID-19 lari - pakdin.my

KUCHING: Polis Sarawak sedang menyiasat seorang wanita didakwa membantu empat wanita Indonesia melarikan diri selepas mereka diuji positif COVID-19 di sebuah hospital swasta di Sibu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail berkata, wanita itu mendakwa tidak mengenali warga asing terbabit dan hanya membantu mereka pulang ke kampung halaman di Entikong, Kalimantan Barat, Indonesia.

“Kami akan siasat kes ini lebih lanjut dan mengambil keterangan wanita itu selepas dia selesai menjalani kuarantin,” katanya kepada pemberita.

Aidi berkata, wanita itu diarah menjalani kuarantin kendiri oleh jabatan kesihatan kerana mempunyai kontak rapat dengan empat kes positif.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati empat wanita terbabit melakukan perjalanan dari Sibu ke Serian pada Rabu dan dipercayai mereka pulang ke Indonesia melalui “laluan tikus” di sempadan Sarawak- Kalimantan Barat di Serian.

Aidi berkata, pihak berkuasa giat menjejak kontak, termasuk penumpang yang menaiki bas dalam perjalanan selama enam jam bersama empat wanita terbabit.

Mereka menjalani ujian swab di sebuah hospital swasta pada 15 Dis dan diuji positif pada Rabu.

Satu laporan polis dibuat pada hari sama selepas pihak berkuasa kesihatan gagal menjejak dan menghantar mereka ke hospital.

UTAMABERITAPolis siasat wanita disyaki bantu pesakit COVID-19 lari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium