24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

Polis Soal Siasat Dr Mahathir

mahathir-bersih-malaysiakini

Polis menyoal siasat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan ketika perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lalu.

Beliau yang diwakili sepasukan peguam, polis mengambil keterangan Dr Mahathir di Bangunan Yayasan Bangunan Al-Bukhary kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.

Bercakap kepada pemberita di luar pejabatnya, Dr Mahathir berkata polis bertanya soalan yang tidak dijawab oleh beliau.

“Mereka tanya soalan dan saya kata saya tidak akan jawab. Saya tidak jawab,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau bimbang akan ditahan, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada mereka.

Diminta mengulas mengenai dakwaan beliau akan keluar Umno, Dr Mahathir dalam nada bersahaja menjawab, “Tidak, tidak. Itu parti saya.”

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata tiga polis penyiasat dari Bukit Aman mengambil masa selama 45 minit untuk merekodkan keterangan Dr Mahathir.

“Ditemani peguam Mohd Akmal Afiq Mohamad dan Fahmi Abd Moin, Dr Mahathir menjawab beberapa soalan dan kami menasihati beliau untuk tidak menjawab soalan lain.

Beliau berkata polis bertanya kepada Dr Mahathir mengenai soalan umum tetapi enggan mendedahkan secara terperinci mengenainya.

Ketika ditanya sama ada ia satu kenyataan saksi, Mohamed Haniff Khatri berkata beliau tidak mendedahkan mengenainya.

“Kadang kala kami sebagai peguam turut tertanya-tanya mengapa polis mengambil keterangan. Jika terdapat bukti, hanya tahan dan dakwa di mahkamah,” katanya.

Menurut laporan, polis menyiasat Dr Mahathir berhubung kenyataan yang dibuat semasa di Pasar Seni ketika perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lalu.

Antara kenyataan yang dibuat adalah pemimpin Umno didakwa menerima rasuah.

Pada 3 November lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Dr Mahathir bukan disiasat berhubung kehadirannya pada perhimpunan Bersih 4 tetapi kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Laporan Polis terhadap Mahathir dibuat oleh Presiden Parti Cinta Malaysia
Laporan Polis terhadap Mahathir dibuat oleh Presiden Parti Cinta Malaysia

Berita Berkaitan

Komen

  1. Sebab sesiapa yg pernah menentang jibby akan dianggap sbg musuh or ada kaitan dgn matlamat PR..lebih2 lagi,madey pernah turun bersih.. Itu lah jibby boleh buat magic sehingga penjilat2 tegar hilang pertimbangan woot

    • dia bekas PM 22 tahun..ya dia rakyat biasa y bgerlar TUN…dia y jadikan Malaysia dari negara dunia ke 3 menuju negara maju..dia jugak y mempertabatkan negara Malaysia sebagai negara ISLAM..dia buat negara kuasa besar dunia lebih mehormati Malaysia..ko tu sape?bekas penyamun??

    • mmng bekas penyamun…. 22thn dia nk org hormat dia pm.
      . skg dia tk pandai hormat pm?. pandai tuduh tp mana bukti? ngkau pn sama. kl nk dengar fitnah baik yerjun sungai la….kaai bukti la….

    • PM skng 1 dunia tau masalah integriti dia…nak hormat apenye…bukti??hahahaha…ni part plg kelakar..siasatan SPRM diganggu…peguam negara ditukar…TPM dipecat..bank negara diancam..org y buat laporan polis ditangkap…

    • gua dh ckp oiii mat 2.6. apa yg lu ckp. nenek nenek gua pun boleh ckp..semua boleh ckp, OKU pn boleh ckp. bedasarkan ckp2 org, bedasarkan media putar belit pembangkang?agen2 luar? kita sbg rakyat lah kna nilaikan sbb musababnya …jgn amik mentah2 info2 yg meragukan..,jgn jd rakyat bodoh mcm lu….

    • apa bangga sgt dgn t m
      byk yg di swastakan pd kroni dia, selama 22 thn gaji kakitangan awam pun susah nk disemak semula… bermula dgn pak lah gaji kakitangan awam mula disemak semula,, kalau nk ckp pasal kroni t m mmg lenguh tgn ni nk menaip, xde hormat dah pd t m … dah lama dah… skrg najib buat semua melalui kelulusan kabinet.., t m buat dulu baru bentang dlm kabinet.. x guna betul

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.