Polis sudah kenalpasti semua suspek rempuh pagar UM - pakdin.my

anwar-um-pecah-pagar-3

Semua suspek yang merempuh pagar Universiti Malaya (UM) pada malam program pidato bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu sudah dikenalpasti.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Law Hong Soon berkata, pihaknya sudah meneliti rakaman video dan gambar yang diperolehi dan semua suspek akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“UM sendiri sudah membuat laporan dan kita sudah menerimanya. Ia kini dalam siasatan.

“Suspek akan didakwa di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan.

“Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya,” katanya selepas merasmikan Operasi Bersepadu Bukit Bintang, KLCC (BBKLCC) dan Program Walkabout, Khamis.

Isnin lalu, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) berkeras meneruskan program pidato Anwar di kampus itu sekalipun tidak mendapat kebenaran pengurusan kampus yang bertindak mengunci pintu pagar utama universiti.

Pun begitu, pada jam 9.20 malam, hampir 250 belia dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bertindak merempuh pintu pagar utama UM sehingga memutuskan rantai dan mangga kunci bertujuan membolehkan Anwar masuk dan membuat ucapannya.

UTAMABERITAPolis sudah kenalpasti semua suspek rempuh pagar UM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium