Polis Tahan 2 Lelaki Miliki Bahan Berkaitan Komunis Sidang Media (video) - pakdin.my

Kenangan 'Al-Marhum' Chin Peng
Kenangan ‘Al-Marhum’ Chin Peng

Polis menahan dua lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas disyaki memiliki beberapa bahan berkaitan komunis dan bekas pemimpin komunis, Chin Peng, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi turut mengesahkan tiada abu mayat mendiang Chin Peng ditemui dalam bagasi dibawa kedua-dua lelaki itu.

Katanya, dua lelaki itu menaiki pesawat Thai Airways dari Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang di Bayan Lepas jam 9:55 malam tadi.

Sebaik mendapat maklumat, polis melakukan kawalan ketat hampir sejam sebelum pesawat terbabit mendarat dan menahan mereka di balai ketibaan.

Suspek warga tempatan berusia 66 tahun dan warga Hong Kong berusia 59 tahun itu kemudian dibawa ke balai polis Bayan Baru untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan, polis menemui 11 cenderahati Parti Komunus Malaya, lapan dvd, 12 buku berkaitan komunis dan gambar mendiang Chin Peng dalam beg mereka.

Polis juga dalam proses mengenalpasti sama ada kedua-dua mereka menghadiri upacara kematian mendiang Chin Peng di Bangkok.

Mereka kini disiasat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan Pindaan 2012.

 

UTAMAPolis Tahan 2 Lelaki Miliki Bahan Berkaitan Komunis Sidang Media (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium