Polis Tahan Dua Lelaki Di Dataran Merdeka Bukan Penuntut Pengajian Tinggi - pakdin.my

KUALA LUMPUR  — Polis menahan dua lelaki hari ini berikutan kedua-duanya enggan mematuhi arahan pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam kenyataannya berkata lelaki pertama ditahan oleh pegawai DBKL kerana didapati tidak mahu menanggalkan khemah yang dipasang di Dataran Merdeka.

Menurutnya ketika lelaki pertama sedang dibawa oleh pegawai DBKL berkenaan untuk ke balai polis, datang seorang lelaki lain dan cuba menarik tangan lelaki pertama itu.

“Lelaki kedua telah bertindak agresif dengan menolak bahu salah seorang pegawai DBKL dan kemudiannya dia juga ditahan kerana menghalang pegawai berkenaan menjalankan tugas rasmi,” katanya.

Mohmad berkata kedua-dua tahanan telah diserahkan kepada polis untuk siasatan dan turut dirampas beberapa peralatan perkhemahan dan makanan.

Beliau berkata kedua-dua lelaki berkenaan yang berumur 35 dan 23 tahun itu bukan penuntut institusi pengajian tinggi.

UTAMABERITAPolis Tahan Dua Lelaki Di Dataran Merdeka Bukan Penuntut Pengajian Tinggi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium