Polis Tahan Ibu Lumur Kemaluan Anak Tiri Dengan Cili - pakdin.my

cili-giling

KAJANG: Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih dekat sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang Ab Rashid Ab Wahab berkata wanita itu ditahan pada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibu saudaranya mengenai perkara itu.

Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.

“Selain itu, terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yang dipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lepas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selasa.

Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.

Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

UTAMABERITAPolis Tahan Ibu Lumur Kemaluan Anak Tiri Dengan Cili

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium