Polis menahan seorang suspek lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran enam buah kereta di tempat letak kereta di Taman Jaya, Petaling Jaya, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama berkata polis akan memohon reman suspek lelaki berkenaan pada pagi ini.
“Suspek yang berumur lingkungan 20-an itu ditahan pada kira-kira pukul 11 malam tadi di sekitar Petaling Jaya,” katanya.
Dalam kejadian pada 12.58 tengah hari semalam, enam buah kereta terbakar selepas suspek terbabit didakwa membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang sebuah kereta di tempat letak kereta di taman berkenaan.
Polis Tahan Lelaki Bakar Kereta Di RT Taman Jaya https://t.co/yhwwmgSqUV
Polis Tahan Lelaki Bakar Kereta Di RT Taman Jaya https://t.co/gi9kCSx7QZ
Are In liked this on Facebook.
Legasi Melayu Kini liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Sha Durin liked this on Facebook.