Polis tahan pelawak terkenal terlibat kes gaduh

Polis menahan seorang pelawak terkenal selepas terlibat dalam satu kes pergaduhan di sebuah hotel dekat ibu negara, petang semalam.

Turut diberkas dua rakannya, seorang lelaki dan wanita berusia 30-an di lobi hotel berkenaan, lapor Harian Metro.

Pemeriksaan polis turut menemui paket dipercayai berisi dadah daripada kenalan wanita pelawak terbabit.

Pelawak senior itu turut didapati ada empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis bagi membantu satu kes jenayah di Hulu Klang, Selangor.

Loading...

2 KOMEN

Comments are closed.