Polis Tahan Penuntut IPTS Disyaki Buang Bayi Dalam Mangkuk Tandas - pakdin.my

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU — Seorang penuntut perempuan sebuah pusat pengajian tinggi swasta ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan bayi lelaki yang baru dilahirkan di Padang Hiliran di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K.Manoharan berkata suspek yang berusia 21 tahun itu ditahan pukul 3 petang Khamis lalu setelah selesai menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

“Bagaimanapun, remaja itu dibebaskan tiga jam kemudian dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan ekoran keadaannya yang masih lemah,” katanya.

Selasa lepas, penuntut itu disyaki bertindak membuang bayi lelaki yang cukup sifat ke dalam mangkuk tandas di rumah sewanya di Kuala Terengganu.

Kejadian itu disedari rakan serumah penuntut berkenaan pukul 2.30 pagi selepas melihat suspek terbaring di depan pintu tandas dalam keadaan lemah selain terkejut melihat tompokan darah dan seorang bayi di dalam mangkuk tandas.

Manoharan berkata hasil bedah siasat mendapati bayi berusia 38 minggu itu meninggal dunia ketika dilahirkan.

Beliau berkata pihaknya juga mengambil keterangan anggota keluarga suspek serta teman lelakinya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

UTAMABERITAPolis Tahan Penuntut IPTS Disyaki Buang Bayi Dalam Mangkuk Tandas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium