Polis tahan remaja perempuan campak bayi baru lahir dari tingkat 4

SEORANG remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan selepas dipercayai mencampak bayi yang baru lahir dari sebuah unit kediaman di tingkat empat sebuah flat di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru dekat George Town, Pulau Pinang.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. A Anbalagan berkata penahanan remaja perempuan itu dibuat selepas polis melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah susulan penemuan seorang bayi perempuan baru lahir yang masih hidup di dalam sebuah beg di belakang flat berkenaan.

“Dalam kejadian 8 pagi tadi, seorang penghuni yang tinggal di tingkat bawah flat terdengar bunyi dentuman benda jatuh ke atas sengkuap balkoni rumahnya sebelum jatuh ke bawah, menyebabkan dia keluar untuk melihat apa yang berlaku dan menemui bayi berkenaan, ” katanya.

Katanya individu itu kemudian menghubungi polis dan sepasukan anggota bersama pasukan perubatan digegaskan ke lokasi dan pemeriksaan ke atas bayi tersebut menemukan kecederaan pada bahagian kepalanya.

Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan polis melancarkan pemeriksaan dari rumah ke rumah sebelum menahan remaja terbabit yang tinggal bersama keluarganya selepas dia didapati dalam keadaan mencurigakan, kata Anbalagan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu mengaku melahirkan bayi berkenaan pada 7 pagi di dalam bilik air dan bertindak mencampak bayi tersebut dari balkoni rumah kerana tidak mahu kejadian diketahui keluarganya.

“Semasa kejadian kedua ibu bapanya tiada di rumah kerana berada di Kelantan dan hanya terdapat dua adik-beradik remaja tersebut sahaja, namun mereka tidak menyedari kejadian itu malah ahli keluarganya juga tidak mengetahui dia mengandung,” katanya.

Menurutnya polis kini menjejaki remaja lelaki berusia 18 tahun, dipercayai teman lelaki remaja perempuan tersebut dan bapa kepada bayi berkenaan.

Kes disiasat menurut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi. – BERNAMA

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

37 Ditahan, Sambut Hari Jadi Menu Dadah

Seramai 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripadanya warga Indonesia ditahan dalam keadaan lalok dipercayai mengambil dadah ketika meraikan sambutan hari lahir di...

37 Ditahan, Sambut Hari Jadi Menu Dadah

Seramai 37 individu termasuk enam wanita dengan tiga daripadanya warga Indonesia ditahan dalam keadaan lalok dipercayai mengambil dadah ketika meraikan sambutan hari lahir di...

Pawagam berkonsepkan tonton dalam kereta pertama di Malaysia

Akibat pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia, syarikat M-Junction telah memperkenalkan pawagam yang berkonsepkan tonton dalam kereta “drive in theatre” yang pertama di Malaysia...

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 6.3 – 7.5 Peratus Tahun Depan

Agensi-agensi antarabangsa mengunjurkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia pada 2021 akan berada dalam sekitar 6.3 peratus hingga 7.5 peratus, kata Menteri Kewangan Tengku...

Prestasi Bursa Saham Malaysia Pulih, Antara Terbaik Di ASEAN

KUALA LUMPUR – Indeks penanda aras FBM KLCI muncul sebagai indeks berprestasi terbaik di ASEAN bagi separuh pertama tahun ini. Ia hanya susut sebanyak 5.5%...

Burukkan Imej Negara… Ada Pemimpin PH Di Belakang Al Jazeera?

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata ketegasan kerajaan sangat diperlukan disaat banyak pihak cuba untuk memburukkan imej negara. Ujarnya, tindakan salah lapor...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Projek JUAL NEGARA oleh Rejim PH dah settle – jom kita bersorak dengan gembira

Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle. Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?