Polis menahan seorang pemandu lori selepas disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di Jalan Kampung Batu 4, Slim River dekat Tanjung Malim berikutan penemuan mayat seorang lelaki di dalam longkang tanpa kepala awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek berumur 35 tahun itu ditahan di rumah bapanya di Kampung Air Jada, Gerik, pada 2 petang tadi.
“Polis menemui sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter, satu beg silang mengandungi sebilah pisau panjang kira-kira 0.15 meter.
“Satu guni plastik makanan anjing berwarna merah dan kuning serta di dalamnya terdapat satu plastik sampah warna hitam,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Beliau berkata, pihaknya turut menemui kepala manusia yang disyaki kepala mangsa di dalam beg sampah berkenaan.
Kok Liang berkata pada 2.10 pagi tadi, mayat seorang lelaki ditemui di dalam longkang tanpa kepala di tempat kejadian.
“Bertindak atas maklumat unit anjing pengesan K9 dan forensik telah dihubungi untuk ke lokasi memberi bantuan.
“Siasatan awal di tempat kejadian di Jalan Persekutuan (Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Batu 4, Slim River. Terdapat kesan darah di atas jalan raya sebelah kiri arah selatan (arah Slim River),” katanya. Mangsa dikenali sebagai K. Ganesan, 50, yang beralamat terakhir di 136, Taman Slim Indah, Slim River.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Superintenden Ahmad Mat Isa berkata, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menahan sebuah lori kontena yang dipercayai digunakan suspek di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng beberapa jam sebelum dia ditahan.
Bagaimanapun, suspek yang dipercayai membawa kepala mangsa bersamanya, gagal dikesan dan pasukan forensik dibawa ke lokasi penemuan lori berkenaan bagi siasatan lanjut.
Difahamkan kedua-duanya bergaduh sebelum mangsa dipancung dan kepalanya dibawa suspek masuk ke dalam lori terbabit yang kemudian dipandu ke depoh di Simpang Pulai.
Polis Tahan Suspek Pancung, Bawa Lari Kepala Mangsa Di Slim River https://t.co/aRgOL23532 https://t.co/F2daiOUysT
RT @KamaluddinIdrus: Polis Tahan Suspek Pancung, Bawa Lari Kepala Mangsa Di Slim River https://t.co/aRgOL23532 https://t.co/F2daiOUysT
Polis Tahan Suspek Pancung, Bawa Lari Kepala Mangsa Di Slim River: Polis menahan seorang pemandu lori selepas … https://t.co/yAAuUq4OlU
Polis Tahan Suspek Pancung, Bawa Lari Kepala Mangsa Di Slim River – pakdin.my https://t.co/FXNCCnpQFR
Polis Tahan Suspek Pancung, Bawa Lari Kepala Mangsa Di Slim River https://t.co/w5FeOlmwtt
RT @KamaluddinIdrus: Polis Tahan Suspek Pancung, Bawa Lari Kepala Mangsa Di Slim River https://t.co/raB7Ttm6R8 – pakdin.my
Saiful Torres liked this on Facebook.
Sarah Azhary liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
haish…
Azmi Haron liked this on Facebook.
Ish ish macam 2manusia sekarang dah kalah binatang pulak perangai .tak de hati perut langsung
Tahniah …pasukan petugas…
Abg Apitte liked this on Facebook.
Hairi Azerin liked this on Facebook.
Zaitun Yaacob liked this on Facebook.
Sham Gerrard liked this on Facebook.
Acik Ana liked this on Facebook.
Nadia Bonita liked this on Facebook.
Azlan Bpr liked this on Facebook.
Rosnizana Mohd Soud liked this on Facebook.
Mardiah Binti Sabri liked this on Facebook.