Polis tahan suspek tembak mati empat sekeluarga

PULAU PINANG – Suspek yang dipercayai menembak mati ahli keluarganya dalam kejadian di Batu Maung di sini awal pagi ini berjaya di tahan polis di Bukit Mertajam di sini kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Menurut sumber polis, suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan ketika berada di dalam kenderaan jenis pacuan empat roda di kawasan tersebut.

Tambahnya, suspek kini sudah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi tadi, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditembak mati di ruang dalam sebuah kilang memproses ayam yang dijadikan rumah.

Difahamkan, lelaki itu yang juga anak kepada salah seorang mangsa yang ditembak mati bertindak demikian kerana tidak berpuas hati selepas gagal menemukan wang di rumah berkenaan untuk membeli dadah.

4 sekeluarga di tembak mati 1

7 Replies to “Polis tahan suspek tembak mati empat sekeluarga

  1. Facebook Comments