28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas Barangan Pembinaan Jalan Raya Yang Di Samun

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Shukri Yaacob (kiri) menunjukkan antara unit generator yang dicuri selepas mengadakan sidang media berhubung kes samun di Balai Polis Daerah Hulu Selangor
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Shukri Yaacob (kiri) menunjukkan antara unit generator yang dicuri selepas mengadakan sidang media berhubung kes samun di Balai Polis Daerah Hulu Selangor

Polis menahan tiga lelaki dan merampas sebahagian barangan membina jalan raya serta kenderaan yang disamun di sebuah kilang di Bukit Sentosa, Rawang, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Shukri Yaacob berkata ketiga-tiga suspek berumur lingkungan 35 hingga 50 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di Puchong dan Ayer Tawar, Perak, pada 22 Feb lepas.

Dalam kejadian samun itu, kerugian dianggar bernilai RM673,000.

“Dalam serbuan itu, polis menemui semula beberapa barangan yang disamun iaitu empat unit generator 250 KVA dan dua lori jenis Isuzu 10 tan dan tiga tan.

“Bagaimanapun, sebahagian lagi barangan yang hilang belum dijumpai, antaranya unit pemampat udara, water jet, sebuah kenderaan pacuan empat roda dan alat rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam sidang media di Balai Polis Hulu Selangor di sini Isnin.

Shukri berkata dalam kejadian samun kira-kira 11.45 malam itu, tujuh lelaki bertopeng dan bersenjata parang, memasuki kilang berkenaan melalui pintu belakang sebelum mengikat tangan, kaki dan menutup muka tiga pengawal keselamatan kilang itu.

“Tiga lelaki yang tidak memiliki rekod jenayah lampau itu direman seminggu sehingga 1 Mac ini,” katanya.

Beliau berkata empat lagi suspek yang terlibat dalam kejadian samun itu sudah dikenal pasti dan tangkapan ke atas mereka akan dibuat dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada 20 dan 21 Feb lepas, polis merampas dadah dipercayai heroin dan syabu seberat 103gram bernilai RM7,500 daripada dua lelaki di Pangsapuri Teratai, Bukit Beruntung dan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Shukri berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan mereka direman sehingga 28 Feb.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...