26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Polis Tahan Tiga Lelaki Susulan Kes Gaduh, Pukul

pergaduhan-kapar

KLANG: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan antara dua kumpulan di Flat Rebana, Bandar Baru Bukit Raja, Kapar di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohamad Shukor Sulong berkata ketiga-tiga lelaki berusia 24, 35 dan 33 tahun itu ditahan berasingan di Jeram, Kuala Selangor, dan Klang Utama, Klang.


“Ketiga-tiga suspek ditahan antara 10 malam dan 12 tengah malam tadi… dua daripada mereka diberkas di sebuah rumah di Jeram manakala seorang lagi ditahan di tepi jalan di kawasan Klang Utama.

“Seorang daripada suspek yang ditahan itu merupakan individu yang dikehendaki polis kerana disyaki memukul seorang lelaki dalam pergaduhan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya, Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 malam itu, sekumpulan lelaki yang sedang berbual di kawasan flat itu diserang sekumpulan lelaki lain dipercayai bersenjatakan parang, kayu dan besi.


Berikutan kejadian itu, dua lelaki berumur lingkungan 20-an cedera parah di kepala serta beberapa anggota badan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Mohamad Shukor berkata pergaduhan itu berpunca daripada salah faham susulan satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta pada Rabu di sini, dan bukan disebabkan faktor perkauman seperti yang dihebah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).


“Dua suspek yang ditahan itu direman empat hari bermula hari ini manakala seorang lagi direman sehari… polis juga masih mengesan seorang lagi suspek yang merupakan rakan kepada tiga lelaki yang ditahan malam Jumaat, yang kita percaya turut terlibat dalam kejadian itu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 326 Kanun Keseksaan.

 

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan