26.9 C
Kuala Lumpur
Monday, January 25, 2021

Polis Temui Gigi Dan Tulang Dipercayai Milik Mangsa Bunuh Di Tapah

bunuh-bakar-tapah-gigi

TAPAH: Polis menemui gigi, serpihan tulang, kasut dan pakaian dipercayai milik mangsa bunuh di sekitar kawasan rumah suspek di Jalan Pahang, pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Jenayah Negeri ACP Goh Kok Liang berkata kesemua barangan tersebut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Jabatan Kimia untuk tujuan post-mortem dan analisis DNA, katanya kepada pemberita.

Tinjauan Bernama mendapati polis membawa keluar barangan yang ditemui pada kira-kira 5.30 petang dari kawasan rumah suspek.

Goh berkata sehingga petang ini, tiada laporan mengenai mangsa lain yang dibunuh atau sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

Isnin lepas polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, 65 kilometer dari sini minggu lepas.

Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada kira-kira 1.30 tengah hari pada 26 Oktober lepas.

Mereka ditahan reman sehingga Jumaat ini.

Anggota polis membawa seorang wanita dipercayai anak kepada 'suspek' ke lokasi bagi membantu pasukan forensik mendapatkan keterangan fizikal lanjut di sebuah bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang, Tapah.
Anggota polis membawa seorang wanita dipercayai anak kepada ‘suspek’ ke lokasi bagi membantu pasukan forensik mendapatkan keterangan fizikal lanjut di sebuah bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang, Tapah.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.