33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 2, 2020

Polis temui rangka manusia dalam lori di laluan Keningau – Kimanis terlibat kemalangan hampir setahun lalu

mayat-keningau-kimanis

KENINGAU: Kehilangan seorang lelaki sejak setahun lalu terjawab apabila polis menemui rangka manusia dalam sebuah lori di kawasan semak di Kilometer 16 Jalan Keningau-Kimanis dekat sini, petang tadi.

Rangka berkenaan dipercayai milik Sharif Marsuki, 28, yang meninggal dunia hampir setahun lalu selepas lori dipandunya terhumban ke dalam gaung di laluan itu tanpa ada sesiapa menyedarinya.

Polis mendapat maklumat mengenai penemuan rangka itu pada jam 3.55 petang daripada beberapa lelaki yang juga pemilik tanah berkenaan ketika menebas semak di kawasan terbabit.

Difahamkan, tengkorak dan rangka itu ditemui pada bahagian tempat duduk pemandu lori terbabit di kawasan semak, iaitu di bawah bukit kira-kira 30 meter daripada jalan utama.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Taong, berkata siasatan lanjut berdasarkan nama syarikat yang tertera pada pintu lori berkenaan, polis berjaya mengesan ahli keluarga mangsa di Kampung Masjid Keningau, di sini.

“Ibu mangsa memaklumkan anaknya sudah lama tidak pulang dan tiada khabar berita sejak Januari 2014.

“Laporan orang hilang juga tidak dibuat oleh keluarga sehinggalah dimaklumkan oleh pihak polis hari ini,” katanya ketika dihubungi di sini.

Douglas berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa gagal mengawal lori dipandunya sebelum terbabas ke dalam gaung dan meninggal dunia.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...