Polis Terima Enam Laporan Berhubung Tindakan Hina Yang di-Pertuan Agong - pakdin.my

Hina yang DiPertuan Agong

KUALA LUMPUR  — Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.

Mellisa Gooi, Pengurus Pemasaran  Lancome Malaysia sejak 2 bulan lalu.  Mengikut maklumat dipaparkan oleh Linkedin,  dia  graduan Macquire University, Australia dan bekas pelajar INTI College Pulau Pinang.
Kepada Carol Tay, bertanyakan soalan …
Ya,   Agong  itu WUJUD  di  Malaysia. Sila Google di sini untuk mengetahui informasi mengenai  Yang di-Pertuan Agong.
Are  you a Malaysian, Carol Tay?
Sooner  or  later  all of us  will  know  who those people really are.  Police  could start by asking  Mellisa  to  go to  the nearest  police  station.
UTAMAPolis Terima Enam Laporan Berhubung Tindakan Hina Yang di-Pertuan Agong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium