Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
2,347,985
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
71,713
Active
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

Global

All countries
246,026,077
Confirmed
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
All countries
221,211,942
Recovered
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am
All countries
4,992,349
Deaths
Updated on October 29, 2021 00:39 12:39 am

Polis tidak terima laporan wujud sogokan wang di PRK Slim

Polis tidak menerima sebarang laporan yang mendakwa pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim Sabtu lepas disogok dengan wang sebagaimana dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata sekiranya menerima laporan, pihaknya akan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membuat siasatan.

“Sesiapa yang ada maklumat pengundi dirasuah boleh datang ke balai untuk membuat laporan.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan pengundi disogok pada PRK Slim. Kita hanya terima lima laporan berkaitan kesalahan pilihan raya,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Kerian di sini, hari ini.

Pada majlis itu, bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi) Supt Mazuki Mat, 58, mengambil alih jawatan Ketua Polis Daerah Kerian yang baharu menggantikan ACP Omar Bakhtiar Yaacob, 56, yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.

Semalam, Dr Mahathir yang juga pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendakwa berlaku pengundi di DUN Slim menerima sokongan sehingga RM150 seorang apabila mengundi calon Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, mengulas isu judi dalam talian, Razarudin berkata pihaknya telah membuat 30 permohonan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik ke premis berkaitan di Perak.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 12 premis di Ipoh telah diambil tindakan manakala baki 18 lagi masih dalam proses untuk tindakan.

“Kita bekerjasama rapat dengan TNB dan setakat ini tiada masalah,” katanya sambil menambah judi dalam talian tidak serius di Perak kerana pihaknya sentiasa mengambil tindakan jika ada maklumat. — Bernama

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021