26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Politik Berkenaan Pengaruh

Ada sebahagian kita marah apabila ada ura-ura wakil rakyat yang keluar parti hendak kembali. Kita telah kalah, kita telah hilang kekuatan tapi kita belum buanh ego kita.

Dalam keadaan parti kita tiada kuasa, kita masih berperangai macam kita berkuasa.

Politik adalah berkaitan idea perjuangan, pengaruh dan kuasa.

Jika kamu ada perjuangan tetapi tiada pengaruh maka bagaimana kamu hendak meneruskan perjuangan?

Parti politik perlu melebarkan pengaruh untuk berkuasa. Ini yang dibuat oleh DAP dan PKR mereka menerima sesiapa sahaja yang sanggup “suscribe” dalam perjuangan mereka walaupun orang tersebut adalah musuh nombor satu mereka.

Anwar dan Lim Guan Eng sanggup terima Mahathir yang memenjarakan beliau kerana apa? Kerana Mahathir ada pengaruh ke atas orang Melayu.

Jadi sangatlah tidak masuk akal dalam keadaan parti tidak lagi berkuasa hendak menolak mana-mana ahli Parlimen yang hendak masuk semula dalam UMNO.

Politik demokrasi adalah berkenaan nombor. Jika kamu ada ramai ahli Parlimen maka kamu akan jadi kuat dan tegap. Jika kamu hanya ada beberapa Ahli Parlimen maka kamu akan jadi seperti bola sahaja.

Usahlah bersikap “holier-than-thou” sangat. Orang murtad pun dibenarkan kembali memeluk Islam, apalah sangat keluar parti.

Janganlah ejek-ejek dan menyindir mereka yang mahu bersama UMNO hatta apa sahaja kesalahan mereka yang lalu.

Berlapang dada kerana ada yang mahu kembali. Malah wajar mengadakan sujud syukur dan meraikan kawan-kawan yang menemui jalan pulang.

Jika kita tidak belajar memaafkan sesama manusia, apatah lagi satu bangsa dan agama, sampai bila pun kita tidak akan menang lagi.

Oleh: Ab Jalil Backer

https://pakdin.my/tag/lompat-parti






Berita Berkaitan

Warisan punca peningkatan Covid-19, bukan GRS atau saya – Musa Aman

Saya berasa terpanggil menulis surat ini bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di...

UMNO-PAS kekal muafakat!

Mengiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS...

UMNO nafi keluar surat sokong Anwar jadi PM

Surat yang mulanya disebarkan melalui portal berita MalaysiaNow memperlhatkan surat tersebut dalam bentuk format...

‘UMNO diminta hantar perincian baharu kerjasama dengan PN’

UMNO sudah diminta menghantar surat rasmi memperincikan syarat baharu kerjasama politik yang mahu dituntut...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan