Statistik Corona

Malaysia
2,097,830
Confirmed
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Malaysia
1,863,919
Recovered
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Malaysia
210,468
Active
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Malaysia
23,443
Deaths
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am

Malaysia

Malaysia
2,097,830
Confirmed
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Malaysia
1,863,919
Recovered
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Malaysia
23,443
Deaths
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am

Indonesia

Indonesia
4,190,763
Confirmed
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Indonesia
3,989,326
Recovered
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Indonesia
140,468
Deaths
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am

Thailand

Thailand
1,489,186
Confirmed
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Thailand
1,341,144
Recovered
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
Thailand
15,469
Deaths
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am

Global

All countries
229,299,617
Confirmed
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
All countries
204,217,784
Recovered
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am
All countries
4,705,630
Deaths
Updated on September 20, 2021 07:57 7:57 am

Politik : Kronologi perkembangan politik negara

Berikut kronologi perkembangan politik negara bermula daripada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga kini.

23 Feb 2020 — ‘Langkah Sheraton’ yang menjurus kepada berakhirnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan ketua parti politik Bersatu dan Perdana Menteri ketujuh pada ketika itu.

24 Feb 2020 — Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh dan beberapa jam kemudian beliau dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

29 Feb 2020 — Yang di-Pertuan Agong memutuskan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baharu, setelah mendapatkan pandangan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan pemimpin parti-parti politik.

1 Mac 2020 — Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai ketua kerajaan yang baharu sebagai Perdana Menteri kelapan.

9 Mac 2020 — Muhyiddin mengumumkan pembentukan kabinet baharu kerajaan yang menggabungkan kedudukannya dan pentadbiran PN yang baharu.

7 Ogos 2020 — PN didaftarkan dengan sijil pendaftaran bernombor PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan ditandatangani Pendaftar Pertubuhan (ROS).

23 Sept 2020 — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan.

23 Okt 2020 — Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembahkan permohonan pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini.

25 Okt 2020 — Majlis Raja-Raja Melayu yang mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara menolak permohonan pelaksanaan perintah darurat bagi memerangi ancaman wabak COVID-19.

18 Dis 2020 — Parti-parti dalam kerajaan PN sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan Majlis Presiden yang dianggotai ketua parti masing-masing.

12 Jan 2021 — Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos, sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

8 Julai 2021 — Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan parti itu menarik balik sokongan terhadap kepemimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta.

3 Ogos 2021 — MT UMNO sebulat suara menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Muhyiddin.

4 Ogos 2021 — Muhyiddin dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Muhyiddin juga menerusi Perutusan Khas di televisyen menegaskan beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

–  Muhyiddin menegaskan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri serta kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan Dewan Rakyat September ini.

5 Ogos 2021 — Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bertaraf menteri.

6 Ogos 2021 — Seramai 31 Ahli Parlimen daripada UMNO dan BN mengumumkan pendirian untuk terus bersama-sama dan menyokong kerajaan PN dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19.

7 Ogos 2021 — Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Ahli Parlimen daripada parti itu sekali lagi mengulangi pendirian menyokong kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

11 Ogos 2021 — Muhyiddin  mengadakan pertemuan kira-kira dua jam dengan beberapa pemimpin utama parti dalam PN di Perdana Putra.

– Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menafikan beliau mengeluarkan surat kepada Muhyiddin menyatakan kerajaan pimpinannya telah hilang majoriti.

13 Ogos 2021 —  Muhyiddin berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun depan bergantung kepada situasi pandemik COVID-19.

– Muhyiddin berkata kerajaan PN telah mencapai kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar PN, untuk mewujudkan kerjasama bipartisan bagi kestabilan negara dan memastikan kerajaan dapat terus berfungsi ketika pandemik COVID-19.

– Cadangan itu bagaimanapun ditolak oleh parti-parti pembangkang.

15 Ogos 2021 — Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengadakan mesyuarat dipengerusikan Muhyiddin di Pejabat PN di Publika, Kuala Lumpur.

16 Ogos 2021:

8.07 pagi — Muhyiddin tiba di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet.

12.23 tengah hari — Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

3 petang — Muhyiddin mengadakan Perutusan Khas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.

3 petang — Istana Negara mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook rasminya menyatakan Seri Paduka berkenan terima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa hari ini.

– Istana Negara turut mengumumkan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri sementara.

— BERNAMA

Berkaitan