24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Politik Sentimen dan Emosi

1. Dalam politik terutama orang Melayu, permainan sentimen dan emosi paling penting. Tunku Abdul Rahman memainkan sentimen kepentingan Melayu dan Islam apabila ‘menyingkirkan’ Onn Jaafar. Mahathir menggunakan sentimen sama apabila menjatuhkan Tunku. Ku Li dan Musa juga bermain sentimen apabila mahu menjatuhkan Mahathir. Anwar Ibrahim menggunakan emosi dan sentimen kroni dan nepotisme untuk menjatuhkan Mahathir.

2. Ada pelbagai lagi emosi dan sentimen digunakan untuk mendapat sokongan rakyat bawahan.

3. Mahathir, Ku Li dan Anwar semua menjadi pemimpin besar apabila mereka disingkirkan oleh parti kerana permainan sentimen dan emosi rakyat. Mahathir berjaya, Ku Li walau gagal masih dianggap figura besar politik Melayu, dan Anwar menunggu waktu untuk berjaya.

4. Bukan sahaja di Malaysia, di US pun Donald Trump berjaya menjadi Presiden dengan memainkan sentimen dan emosi orang kulit putih.

5. Saya fikir Lokman Nor Adam melihat rekod-rekod ini lalu mencari jalan supaya Majlis Tertinggi UMNO memecat beliau. Dalam keadaan orang Melayu mahukan suara lantang dan emosi walau tampak bodoh, maka beliau akan menjadi wira kepada akar umbi UMNO menentang elit politik.

6. Sejak setahun ini beliau membalun semua kepimpinan UMNO yang tidak sejalur dengan pemikiran beliau. Ini bukan sahaja dalam konteks polemik terbaru tetapi sejak 2018 lagi.

7. Saya masih ingat suatu masa beliau membelasah Zahid Hamidi. Kemudiannya menghala peluru kepada pemangku Presiden Mohamad Hassan, kemudian kepada Hishamuddin Tun Hussien dan kini kembali kepada Zahid dan ahli MT.

8. Beliau memberi gambaran tidak benar mengenai situasi politik UMNO, menyunting ucapan Presiden dan mengecam MT. Beliau popular kerana berjaya mengelirukan ahli dan berharap MT UMNO memecat beliau.

9. Saya berharap MT UMNO tidak memecat beliau. Pemecatan beliau hanya mengundang simpati orang Melayu dan akan menjayakan rancangan beliau untuk mewujudkan gerakan baru mengugat kepimpinan UMNO sedia ada.

10. Biarlah dia bercakap sepuas hati dan selama mana mampu. Akhirnya nanti ahli akan menilai sejauh mana keikhlasan beliau kepada perjuangan parti dan orang Melayu.

Oleh Ab Jalil Backer

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...