Pondok dihempap pokok, dua anggota polis maut - pakdin.my

polis-maut-hempap-pokok

Dua anggota polis yang bertugas di pondok stor simpanan barang kes Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Jalan Bellfield, Kampung Attap maut selepas kontena pondok itu dihempap sebatang pokok.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.09 petang Ahad.

“Kami menghantar 28 pegawai ke tempat kejadian dan mendapati memang terdapat pokok tumbang di pondok polis di sana. Seorang anggota telah dibawa keluar pada pukul 7.45 malam dan seorang lagi dibawa keluar pada pukul 8 malam,” katanya.

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur di mana mereka disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah mengesahkan kematian.

Mereka yang terkorban ialah Koperal Dzulkhairi Ahmad dan Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi.

UTAMABERITAPondok dihempap pokok, dua anggota polis maut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium