Portal Malaysia Today & Mariah Mokhtar Diberi Amaran Keras - pakdin.my

Portal Malaysia Today Diberi Amaran Keras

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan portal berita propembangkang, Free Malaysia Today dan penulis artikelnya, Mariam Mokhtar supaya tidak bermain api dengan mengaitkan antara pengganas komunis, Chin Peng dengan Siti Aishah Abdul Wahab yang dijadikan hamba di London.

Beliau menegaskan, perbuatan itu yang disiarkan menerusi satu artikel baru-baru ini, boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 dan sekiranya perlu, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Menurutnya, kesalahan yang dilakukan oleh Chin Peng adalah terlalu besar kerana menzalimi dan membunuh rakyat negara ini, manakala Siti Aishah pula hanya mempercayai ideologi tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan akal yang waras dan berhati-hati memberi pendapat kerana dua perkara ini adalah jelas dan nyata berbeza.

“Orang biasa pun boleh menilai dan membezakan perkara itu dengan baik. Oleh itu, saya memberi amaran keras kepada Free Malaysia Today dan Mariam (penulis artikel) agar tidak membuat kenyataan yang boleh menghasut rakyat serta mengancam keselamatan negara,” katanya.

Khalid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (Sekam) 2013 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

Khalid mengulas artikel ditulis oleh Mariam Mokhtar dalam Free Malaysia Today bertajuk Satu ideoklogi, dua tindak balas semalam, yang mempersoalkan larangan untuk membawa masuk abu mayat pengganas komunis, Chin Peng ke negara ini sedangkan Siti Aishah dibenar pula menjejakkan kaki di Malaysia.

Khalid seterusnya menasihatkan Mariam agar lebih berhati-hati dalam memberi ulasan atau pandangan yang boleh mencetuskan kontroversi atau bakal berhadapan tindakan tegas.

Beliau turut mengingatkan Mariam agar tidak menimbulkan isu perkauman dengan menyatakan terdapat dwistandard antara kaum Cina dan Melayu.

“Saya ingin tegaskan kepada Mariam agar dia lebih berhati-hati atau akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan atau dituduh di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” ujarnya.

Abdul Gani turut menyatakan pendapat sama bahawa terdapat perbezaan antara kes Siti Aishah dengan keganasan dilakukan oleh Chin Peng terhadap rakyat di negara ini berdasarkan kesan yang diterima oleh negara serta kesengsaraan rakyat ketika zaman komunis.

Jelasnya, kes melibatkan Siti Aishah adalah jelas berhubung kait dengan ideologi, malah perkara tersebut juga berlaku di negara luar dan tidak memberi kesan secara langsung kepada orang ramai di negara ini.

 

 

UTAMAPOLITIKPortal Malaysia Today & Mariah Mokhtar Diberi Amaran Keras

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium