Portal pro-pembangkang ‘spin’ kenyataan pengarah urusan Mydin - pakdin.my

Portal berita pro-pembangkang,Mkini didakwa memutar-belitkan kenyataan pengarah urusan hypermarket Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin di dalam wawancaranya yang disiarkan di BFM radio.

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), laporan portal tersebut yang mendakwa rakyat negara ini tidak mempunyai wang yang mencukupi adalah tidak tepat sama sekali.

Laporan tersebut ujar beliau hampir menimbulkan salah faham di antara Ameer dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Kesimpulannya, bukan soal rakyat tiada wang, tetapi selepas mendengar secara penuh wawancara tersebut dan menyemak semula prestasi Mydin, boleh dikatakan penetapan harga yang salah, kesilapan memilih model perniagaan, kesilapan memilih segmen dan kegagalan memenuhi citarasa segmen tersebut, dan kos operasi yang tinggi (gaji dan pengambilan pekerja) adalah punca Mydin Holdings merekodkan kerugian.

“Ternyata selepas Mydin membetulkan kesilapan-kesilapan itu, mereka tetap merekodkan keuntungan RM30 juta.

“Tanpa analisis, memang dijangkakan Malaysiakini dan portal berita pro Pakatan akan mengambil kesempatan ke atas kenyataan-kenyataan seperti ini dan hampir sahaja BFM berjaya melagakan Ameer dan Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Mujurlah Ameer bijak menjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Tun Faisal, sekiranya rakyat Malaysia benar-benar tiada duit tidak mungkin Mydin boleh merekodkan keuntungan sebanyak RM30 juta.

Selain itu katanya, rakyat Malaysia tetap berbelanja untuk memenuhi kehendak mereka dan akan berjimat-cermat untuk memastikan mereka dapat memenuhi kehendak mereka.

“Jika diperhatikan dalam pasaran kereta, jualan kereta menunjukkan peningkatan, misalnya Perodua, meningkat 2.4% pada pertengahan tahun 2017, Honda, 19% pada tahun 2017 dan Mercedes meningkat 2.3% pada tahun 2017.

“Rakyat Malaysia juga berbelanja lebih RM6.8 bilion untuk membeli telefon bimbit sepanjang tempoh 2016 hingga 2017. Jumlah rakyat yang melancong di dalam dan ke luar negara serta menunaikan umrah juga meningkat setiap tahun. Pelancong domestik membelanjakan RM66.5 bilion sepanjang tahun 2016,” katanya.

UTAMAEKONOMIPortal pro-pembangkang ‘spin’ kenyataan pengarah urusan Mydin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium