Portal The Malaysian Insider 'Bungkus' - pakdin.my

malaysia insider gulung tikar

Portal pro pakatan pembangkang, The Malaysian Insider (TMI) akhirnya membuat keputusan untuk menghentikan operasi bermula tengah malam tadi ekoran masalah ‘aliran tunai’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TMI, Jahabar Sadiq cadangan untuk menutup laman portal tersebut telah bermula sejak Mac lalu.

“Selamat tinggal kepada semua pembaca sama ada yang dekat mahupun jauh dan mereka yang mengikuti kami walaupun kerajaan Malaysia melakukan sekatan keatas kami.

“Kumpulan Media The Edge telah memutuskan untuk menutup laman The Malaysia Insider bermula dari tengah malam tadi atas sebab komersial dan cadangan untuk menutup operasi ini telah bermula sejak bulan Mac lalu, ” katanya melalui satu kenyataan yng dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Jahabar lagi apa yang TMI lakukan selama ini adalah untuk memastikan pandangan semau dapat disampaikan.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca sama ada yang berada di Malaysia mahupun di luar negara serta yang setia bersama kami dari hari pertama hingga sekarang. Tidak ketinggalan mereka yang telah memberikan pandangan atau kritikan membina sepanjang 8 tahun, 8 hari penubuhan kami.

“Saya tidak akan berhenti menulis, berhenti merakamkan gambar, berhenti dari bersuara ataupun menutupkan mata dan telinga terhadap perkembangan yang berlaku di negara ini mahupun negara luar dan saya mengesa anda semua turut melakukan perkara yang sama” katanya lagi.

Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin sebelum ini mendedahkan portal tersebut menghadapi masalah kewangan akibat daripada penurunan pembaca.

Menurutnya ada dikalangan kakitangan dan wartawan yang dilaporkan mengeluh apabila memperoleh hanya separuh daripada gaji dalam tempoh masa yang agak lama.

Menurut Raja Petra lagi, justeru itu TMI terpksa mengambil tindakan ‘berani mati’ dengan mengunakan isu-isu yang berlandaskan spekulasi semata-mata bagi meningkat bilangan pembaca dengan cara itu hasil penjualan iklan akan bertambah.

UTAMAPortal The Malaysian Insider 'Bungkus'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium