Positif COVID-19 tahap lima, pelakon veteran Fetty Dzul meninggal dunia - pakdin.my

Pelakon veteran yang popular menerusi drama Harimau Rimba dan Debu-Debu Kota sekitar tahun 1980-an, Fetty Dzul, 63, meninggal dunia akibat COVID-19 tahap lima di Hospital Selayang jam 7.30 hari ini.

Berita pemergian Fetty atau nama sebenarnya, Fatimah Abd Rahim disampaikan oleh anak arwah yang dikenali sebagai Ijat kepada pelakon veteran, Isma Alif.

Fetty dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 7 November lalu.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Aamin!

“Terima kasih di atas semua ingatan yang ikhlas dan doa yang baik-baik terhadap arwah Mamy.

“Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul. Dia sayang semua orang!,” kata anaknya menerusi mesej kepada Isma Alif.

Keadaan kesihatan Allahyarham dilaporkan semakin merosot sejak malam tadi apabila buah pinggang dan paru-parunya gagal berfungsi.

Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan Yasin malam tadi yang disertai rakan-rakan penggiat seni.

Allahyarham yang sebelum ini sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an juga dikenali kerana sering tampil dengan watak antagonis menerusi drama dan filem lakonannya. BH

UTAMAGAYA HIDUPHIBURANPositif COVID-19 tahap lima, pelakon veteran Fetty Dzul meninggal dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium