31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari RM250 kepada RM300 sebulan didakwa ada kaitan dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kenyataan Muhyiddin yang menyalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam soal itu juga dibidas.

“Pengumuman kenaikan elaun itu ternyata bukan satu kebetulan kerana ia dibuat di Kota Kinabalu, Sabah pada hari kempen PRN Sabah.

“Seperti yang kita sedia maklum, rakyat negeri Sabah akan keluar mengundi pada 26 September ini tetapi yang lebih memusykilkan adalah apabila Muhyiddin menyalahkan Parti Warisan Sabah yang bersama PH ketika Elaun Sara Hidup Nelayan telah dipotong.

“Sudahkah Tan Sri Muhyiddin lupa bahawa beliau merupakan sebahagian daripada PH dahulu?

“Beliau merupakan anggota jemaah menteri dan seingat kami beliau tidak pernah membantah pemotongan Elaun Sara Hidup Nelayan yang dilakukan ketika itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salahudin berkata demikian sebagai mengulas pengumuman elaun sara hidup nelayan di Sabah oleh Muhyiddin hari ini.

Tambah beliau, Muhyiddin barangkali sudah lupa bahawa PH telah berjanji untuk meningkatkan elaun berkenaan sekiranya situasi ekonomi mengizinkan.

“Walaupun wadah politik kami sudah berbeza, Muhyiddin tidak seharusnya menyalahkan PH dan Parti Warisan Sabah tanpa mengingati bahawa beliau merupakan sebahagian daripada PH sebelum ini,” tegas beliau.

Nelayan darat dapat duit raya RM1,200
July 12, 2015 08:30
Seramai 2,425 nelayan darat di seluruh negara menerima duit raya menerusi pembayaran tunggakan elaun…

#Bajet2019: Tiada lagi bantuan untuk golongan yang memerlukan seperti yang diberi kerajaan BN sebelum ini – Najib Razak
November 3, 2018 11:33
Teks ucapan Belanjawan 2019 tidak menyebut langsung perkataan pesawah, petani, peladang dan nelayan biar…

Elaun Sara Hidup Nelayan Di Mansuhkan – Mahathir
July 9, 2018 14:35
#KERAjaanTomato #Mahazalim #KosSaraHidupRakyat #PenaikHarga #RakyatDiTindas #MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih…

Mahathir Hapuskan GST Serta Bantuan Kepada Rakyat Untuk Beri Pada Kroni
October 20, 2017 01:45
https://youtu.be/YFjJXK0o4vU Sekiranya di bawah Pakatan, GST akan dimansuhkan tetapi ia bermakna pengembalian pembayaran hanya akan…






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan