PPBM disingkirkan dari PH Selangor serta merta - pakdin.my

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor menyingkirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta merta, selain membekukan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira dinamik politik yang berlaku di peringkat Persekutuan.

“Pimpinan tinggi Pakatan Harapan memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa pentadbiran Selangor tidak lagi dianggotai PPBM dan secara automatik bukan lagi dalam gabungan Kerajaan Selangor.

“Kerajaan negeri turut akan bekukan peruntukan lima ADUN PPBM dan dua ADUN BEBAS.

“Pembabitan semua pimpinan dan ahli BERSATU adalah terkeluar daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, pihak berkuasa tempatan, Majlis Permuafakatan Ketua Kampung (MPKK), anak-anak syarikat kerajaan negeri serta seluruh rangkaiannya yang berkaitan, sesuai dengan keadaan politik semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di sini, hari ini.

Komposisi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkumi 19 kerusi PKR, DAP (16), Parti Amanah Negara (lapan), PPBM (lima), Barisan Nasional (lima), PAS (satu) dan BEBAS (dua).

UTAMAPOLITIKPPBM disingkirkan dari PH Selangor serta merta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium