PPBM Enggan Ketepikan DAP - pakdin.my

20170212-mahathir-tak-perlu-tunggu-hadi

Mahathir secara tegas menyatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan sesekali mengetepikan DAP semata-mata untuk bekerjasama dengan Pas.

Keperluan DAP dalam pakatan pembangkang, menurut Pengerusi PPBM itu adalah sama seperti Barisan Nasional dan UMNO memerlukan MCA.

Beliau berkata, PPBM akan menjalinkan kerjasama dengan parti lain dalam pembangkang terutama DAP memandangkan parti itu mempunyai jumlah kerusi terbanyak iaitu 39 kerusi.

“Kerana itu, kita tidak akan meninggalkan parti yang memiliki 39 kerusi hanya semata-mata untuk mendapat sokongan parti yang hanya memiliki kurang daripada 20 kerusi.

“Kita harus terima bahawa negara ini berbilang kaum, mana boleh nak dapatkan kemenangan dan mahu mendirikan kerajaan cuma mahu dapat undi Melayu sahaja, itu tidak boleh,” kata­nya kepada pembe­rita selepas majlis penyerahan watikah kepada 120 ke­tua bahagian PPBM di sini hari ini.

Sambil menafikan PPBM pernah memberi kata dua kepada Pas untuk menjalin kerjasama, Mahathir berkata, pihaknya akan terus menunggu Pas dalam tempoh sebulan untuk parti itu membuat keputusan.

UTAMAPOLITIKPPBM Enggan Ketepikan DAP

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium