25 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

PPBM sentap dengan kenyataan kejatuhan teruk FDI negara

Petang tadi, PPBM keluarkan kenyataan untuk bidas bekas Menteri Kewangan II Johari Ghani sebab Johari kata pelaburan asing ke Malaysai telah jatuh teruk sejak PRU14.

PPBM kata pelaburan asing ke Malaysia sebenarnya naik 5.8% ke RM108..3 bilion tahun lepas sebab kerajaan PN dan Menteri MITI amat bagus.

(Jangan ketawa sebab ada juga yang akan percaya pelaburan asing ke Malaysia sebenarnya naik tahun lepas)

Entahlah. Data rasmi MIDA (di bawah MITI) kata pelaburan asing jatuh ke RM13 bilion tahun lepas.
“2 Mac 2021: Malaysia says FDI inflows dropped 56% in 2020 to $3.4 bln”
https://www.reuters.com/article/malaysia-economy-investment-idINL3N2L014I

Manakala data rasmi United Nations kata pelaburan asing ke Malaysia jatuh dengan kadar sekali ganda lebih laju dan menjadi paling rendah dalam rantau ASEAN.

“25 Jan 2021: Malaysia bled FDI at over twice the rate of Asean in 2020, UN agency finds”
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/01/25/malaysia-bled-fdi-at-over-twice-the-rate-of-asean-in-2020-un-agency-finds/1943849

Sebab itu, tertanya-tanya kita dari mana PPBM dapat angka RM108.3 bilion ini?

Adakah ianya termasuk pegangan bond pinjaman kerajaan oleh warga asing?

Yang saya tahu ialah hutang kerajaan dipegang orang asing naik sangat tinggi tahun lepas sebab kerajaan banyak meminjam dari dana asing setelah hutang kerajaan naik dari RM793 bilion pada akhir tahun 2019 ke RM879.6 bilion pada akhir tahun 2020.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.